aku nak share cerita sikit. hihi. rumah panjang ni tempat orang Dayak tinggal. zaman dulu lah, sekarang semua dah moden. tinggal rumah biasa macam kita kat bandar. tapi ada segelintir masih tinggal dekat rumah panjang. macam orang melayu jugak lah, dulu tinggal kampung, sekarang dah tinggal kat bandar. selama 18 tahun hidup dekat Sarawak ni, tu lah pertama kali aku pergi menjejakkan kaki ke rumah panjang.
so, abah aku bawak aku pergi rumah panjang kawan dia. RH AKONG. rumah panjang yang aku pergi ni selalu jugak menteri-menteri, artis-artis datang. katanyaaa. hahaha. jadi, at first, banyaklah persepsi aku tentang rumah panjang ni. yang baik, yang jahat semua bermain dekat minda. haha. dah sampai tu, aku terpegun jugaklah, rumah dia panjangggg, banyak pintuuu, woahhh.
macam ni lah rupa dia. aku cari kat google je. tak exactly sama lah, design lain sikit, sebab haritu aku pergi, aku tak ambik gambar, sebab terlampau terpegun. al-maklumlah kali pertama pergi. then, aku masuklah salah satu pintu dia. then nampak lagi banyak pintu dekat dalam. aku tak tahu lah berapa banyak duit nak buat banyak-banyak pintu ni.

agak-agak macam ni lah rupa dalam dia. dulu aku ingat sini tempat diaorang makan and buat aktiviti-aktiviti lain, then bilik-bilik yang banyak tu tempat diaorang tidur je. rupa-rupanya, dalam bilik-bilik yang banyak tu, dia panjang lagi ke belakang, situ lah dapur, tandas, ruang tamu. fuhh, memang terpegun lah aku. besar gilaa. start dari situ lah aku dah fall in love dengan rumah panjang. hahaha. masa aku pergi tu, sunyi je, sebab ramai yang kerja dekat bandar, musim perayaan je diaorang balik, macam orang melayu jugaklah kan, masa raya balik kampung. hehehe.
tapi tulah, sekarang dunia dah makin moden, bukan senang kita nak kekalkan adat-adat tradisional kita kan? rumah panjang sekarang ni ada yang dah buat dari batu, ada yang dua tingkat, dah ada aircond, astro, dah majulah senang cakap. pintu pun cantik-cantik. adat di telan zaman, tak sesuai untuk zaman sekarang kot. haha. tapi, aku respect jugaklah dengan Tuai Rumah ni, pandai jugak bertutur dalam Bahasa Melayu. ada sorang nenek, jiran aku, dia orang Iban, memang tak pandai cakap Bahasa Melayu nor Bahasa Melayu Sarawak. aku pun main hentam je cakap Iban dengan dia kalau nak hantar barang/makanan. hahaha. nasib dia faham (aku rasalah). jadi, nilah yang aku rasa uniknya Bumi Kenyalang ni. rasa bertuah jugak sebab berpeluang nak pergi rumah panjang. huhu. so tu je aku nak share. thank you untuk yang sudi baca. huhu. bye ;)
regards,
Qistina Zahari
seronoknya! teringin nak pergi rumah panjang. dulu selalu tengok dalam buku teks kajian tempatan itu pun ilustrasi kartun hahaha
ReplyDeleteyeah, memang seronok. huhu. samalah kita. hahaha. tengok dalam buku teks sekolah je hahaha
DeleteWow.It is so amazing and with what you had shared,for me it is good because I never go there and I know little bit about this.Nice sharing.Btw your blog is so nice. :)
ReplyDeletehaha. you're welcome. ;) thanksss ;B
Deleteskrg rmh panjang pn dh style moden2..susa nk tgk yg klasik2 kayu cmtok..
ReplyDeleteYeahhh. That's right. Huhuhu. Kecuali if pergi kawasan pedalaman gik.
DeleteRindu Hari Gawai..semua family berkumpul dirumah panjang..hehe
ReplyDelete