MENGANGGUR & REPEAT PAPER SPM

Assalammualaikum and hello !


Officially aku dah setahun menjadi seorang penganggur bertauliah, hahaha. Entry hari ni aku nak cerita apa yang terjadi dengan aku sepanjang aku menganggur dalam masa setahun ni. so, sesiapa yang kenal aku, dia tahu aku menganggur sepanjang tahun ni. sebabnyaaa, aku nak spend masa dengan family, sebab aku dua tahun dok asrama jauh dari family, tu yang aku buang masa setahun ni dengan family. yeah mungkin ada cikgu-cikgu, orang-orang sekeliling tak menyokong tindakan aku ni. ada jugak yang cakap macam ni "belajar lah sementara masih muda, nanti dah tua susah nak sambung belajar" bukan tak nak sambung belajar ye awok. hahaha. cita-cita dah tinggi nak jadi doktor, takkan taknak sambung belajar kan? hahaha. aku pun sebenarnya nak join selection SUKMA tahun ni, kiranya nak focus dengan training lah tahun ni, mana tahu dapat join SUKMA kan, tapi rezeki aku bukan dalam bidang sukan, sebab next year awal tahun aku kena sambung belajar dah huhuhu, jadi kena lupakan semua tu, takkan aku nak tangguh lagi belajar kan? cukuplah setahun ni aku dengan family, lepas ni aku belajar jauh merentasi Laut China Selatan. haha. kalau nak suruh family pergi tempat aku belajar, memang takkan lah, sebab mahal. hmmm. aku balik pun mungkin tak sekerap macam orang lain. tahun ni pun aku dengan parents aku dah start kira bajet untuk aku sambung belajar next year. huhu.



So, setahun aku menganggur ni, mama aku bagi cadangan dengan aku. dia cakap "apa kata kakak repeat paper Biology?" hahaha. mesti ada orang fikir, "mesti budak ni gagal Biology, tu yang dia repeat" no no no. haha. aku tak gagal pun Biology, cuma Biology aku tak dapat A. huhu. nak jadi doktor, tapi Biology tak A, tu yang mama aku suggest kan aku repeat paper, mana tahu rezeki dapat A, boleh tambah satu A lagi. hehehe. jadi aku pun setuju jugaklah, daripada aku tak buat apa-apa, asyik training je, bagus aku belajar Biology untuk repeat nanti. entry sebelum ni pun aku ada cakap aku nak exam kan, ni laa exam dia, hari Isnin haritu, (30/11) aku repeat paper. memang lah malu nak cakap, sebab ramai orang sekeliling aku cakap aku ni gagal bio, hmmm. aku cuma nak baiki lagi result tu sebenarnya, dari bagus, nak yang lebih bagus gituuu. haha. jadi, abah cakap, "tak payah malu lah, kita belajar, menuntut ilmu Allah, apa nak malu, tak salah pun repeat, tak semestinya orang repeat paper ni orang yang gagal kan? kalau boleh abah nak kakak (aku) repeat paper yang kakak dapat A- dengan A solid tu jadi A+" jadi dari situ lah aku makin semangat, buang malu aku. ni kata-kata abah aku sebelum dia hantar aku masuk bilik exam huhu. aku repeat bio je, sebab aku taknak repeat paper lain, buang duit je, jadi Bio yang paling rendah antara subjek yang lain. 

memang first-first tu segan jugaklah sebab aku repeat dekat sekolah lama aku, jadi junior-junior aku kenal aku lah kan, tapi aku buat tak tau je. tebal kan muka. hahaha. so adalah sorang cikgu perempuan ni, which is pengawas peperiksaan, dia tanya "saya tak pernah pun tengok awak sebelum ni? pelajar baru ke?" then aku jawab "ye saya baru exam hari ni hehe". lepas tu dia tanya lagi "kenapa paper lain tak repeat?" aku jawab "saya repeat paper Biology je cikgu hehe" then dah masok bilik exam, ketua pusat aku exam tu pun greet aku dengan baik "welcome for the first timer and you're the only one yang ambil satu subject sahaja" haha. sporting cikgu tu, dahla smart, sejuk mata aku memandang, siap pakai blazer pulak walaupun hari panas terik. hahaha. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar atas izin Allah, aku dapat jawab dengan tenang, ada jugak yang repeat paper biology sekali dengan aku, bukan aku sorang lah. hehe.


Jadi kalau ada pelajar-pelajar form 4 yang ambik Biology untuk SPM next year, aku nasihatkan korang belajar lah sungguh-sungguh. hahaha. dekat twitter and fb, aku banyak jugaklah tengok budak SPM tahun ni yang ambik Biology bising-bising cakap Biology ni killer lah, susah lah, nak suruh jadi petani and etc. hahaha. as long as kita belajar, focus dalam kelas, rajin buat latihan, solat lima waktu tak tinggal, insyaAllah, Allah permudahkan segalanya. at first aku takut jugakla sebab ramai yang cakap paper SPM tahun ni semua tak masuk akal. haha. tapi bagi aku, paper Biology tahun ni lebih senang dari paper tahun lepas. mungkin sebab tahun ni aku belajar habis-habisan, tu yang senang hahaha. tahun ni paper SPM Biology kebanyakkannya ada dalam Trial Paper Kelantan 2015. past year question SPM, SBP, MRSM kena khatamkan, and usha-usha jugaklah Trial paper next year, mana tahu keluar dalam SPM next year kan? hehhee. so tu je aku nak share. harap yang lain ambil lah iktibar dari kisah aku yang tak seberapa ni. so take care. byeee ;)

LOTSA LEBLEB,
Qistina Zahari

24 comments:

  1. good luck and all the best awaaa :*

    ReplyDelete
  2. Oh boleh repeat eh? Taktahu pulak. Ingat boleh repeat paper yg wajib lulus je. waaa bestnya boleh repeat T_T
    apa apa pun goodluck ye ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, boleh repeat apa-apa paper je. hehehe. thankss ;)

      Delete
  3. Tak tahu pulak boleh repeat satu paper jea, kalau tak dah lama buat..

    ReplyDelete
  4. Good Luck sis,semoga qistina zahari dapat A+ bila kuar result nanti chaiyok2 !! :D

    ReplyDelete
  5. good luck awaa, put your trust in Allah (: all the best

    ReplyDelete
  6. repeat tak semestinya gagal, cuma dah perbaiki mana yg kita rasa xmemuaskan.
    at least, you dah ad trget. that is the best. gdluck! :)

    ReplyDelete
  7. inshaallah nanti cita2 tu boleh tercapai,bakal doktor tu hehe. all the best and good luck!

    ReplyDelete
  8. Saya masa mula2 dapat result. siap terfikir lagi untuk repeat paper add math sbb teruk sangat. tapi hasrat tersebut terkubur setelah dapat offer diploma yang decent dari universiti / kolej matriks xD Nak repeat subjek add math konon, padahal benci benar dengan subjek tu. Cukup la amik periksa add math sekali je >.<' Good luck untuk result bio :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. rezeki dekat mana-mana je kan? hehe. btw, thankss ;)

      Delete
  9. Saya first time tahu yang kita boleh repeat paper SPM.

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya dan semoga di permudahkan segalanya dik......

    ReplyDelete
  11. Semoga dapat A+ dan dapat jadi doktor ^^

    ReplyDelete
  12. salam, boleh gtau prosedur you repeat satu paper spm mcm mana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah sure :) boleh tinggal emel or facebook? So i boleh talk more about this :)

      Delete