REVIEW BODY SCRUB GUARDIAN

Assalammualaikum and hello !

So today aku nak bagi review produk dari  Guardian iaitu Body Scrub. Perempuan terutamanya mesti rasa tak selesa tengok daki-daki hitam dekat badan kan? actually daki ni biasanya daripada sel-sel kulit yang dah mati. sebab tu kita mesti rajin scrub badan kalau nak badan cantik berseri-seri. haha. aku dah guna produk ni nak dekat 2/3 bulan jugak. hasilnya mabeles gilaaa. memang cantiklah kalau pandai sental kan. haha


aku tak ingat berapa price dia, but not too expensive and affordable lah, dalam lingkungan berbelas-belas ringgit jugaklah kalau tak silap. dia ada tiga jenis, satu yang ada gambar delima, satu lagi ada gambar cengkerang siput (bukan siput ngotngot eh, siput yang dekat pantai tu haha), satu lagi aku tak ingat da. haha. tiga-tiga bau dia wangi sangat, sedap hidung menghidu haha. bau yang paling refreshing sekali yang ada gambar cengkerang siput tu lah. aku nak yang tu, tapi yang gambar delima ni pun wangi jugak, last-last aku ambil yang delima ni, sebab mama cakap "ambik je lah yang ada gambar delima tu, nanti kalau ambil yang siput tu tiba-tiba keluar siput macam mana" mama nak kacau aku lah tu sebab aku geli dengan siput. hahaha

bagi aku, untuk buat scrub ni lebih effective, guna lah sponge scrub. basahkan sponge tu then letak body scrub, lepastu srub dekat badan. insyaAllah berkesan haha. ni pun aku beli kat guardian. tak mahal mana pun, sebab dalam satu packet tu ada 4 sponge. harga below RM10.


                                                 
in conclusion, aku bagi 8/10. worth it lah kalau korang jenis yang jaga kebersihan apa semua. yang tak best nya masa pakai scrub ni, kalau ada some cuts dekat badan, pedihnyaaa tak terkataaaaa. hahaha. tapi apa-apapun, aku highly recommend dekat korang untuk beli produk ni, tak rugi apa-apa. hahaha. soo goodluck. kalau ada nak tanya apa-apa, boleh comment kat bawah tu. byee ;)

Lotsa LEBLEB,
Qistina Zahari


9 comments: